MAJLIS BERBUKA PUASA REJIMEN RENJER DIRAJA 2024

Sumber: Facebook Rejimen Renjer Diraja – Rasmi

15 Mac 2024. Kem Wardieburn, Kuala Lumpur. Pengerusi RRD, Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab dan Isteri Datin Zarina binti Alif telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa RRD pada 15 Mac 24 bertempat di Dewan Wardieburn, Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur.

Majlis berbuka puasa ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pegawai dan anggota RRD selain memberi peluang kepada para isteri pegawai RRD beramah mesra dan lebih mengenali antara satu sama lain disamping menunaikan ibadah puasa seharian. Turut menghadiri majlis adalah Brig Jen Abd Wahab bin Geoh – Pengarah KPTD merangkap Pengerusi KPTD dan isteri, Brig Jen Sani bin S Omar – Panglima 12 Bgd dan Brig Jen Saiful Bahari bin Zainol – Pengarah Infantri dan isteri.

Majlis dimulakan dengan acara berbuka puasa dan diikuti dengan Solat Maghrib, Solat Isyak dan Tarawih di Masjid Al-Fateh yang dipimpin oleh Lt M (Ust) Fakhrullah bin Ruslim, Peg Agama Pasukan 1 RRD. Majlis diakhiri dengan moreh serta diikuti ucapan Pengerusi RRD. Dalam ucapan Pengerusi RRD, beliau menyeru kepada warga RRD dalam meningkatkan ketaqwaan bagi merebut segala ganjaran yang Allah S.W.T janjikan pada bulan Ramadan yang mulia ini. Beliau juga mengingatkan supaya seluruh warga RRD terus fokus dan bekerja dengan penuh keikhlasan dalam tanggungjawab sebagai anggota Tentera Darat.

Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih erti dan memberikan seribu rahmat kepada kita semua dalam mensyukuri akan segala nikmat KurniaanNya. Amin.

“AGI IDUP AGI NGELABAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *