Pelantikan Wakil Veteran / Contact Person Rejimen Renjer Diraja (RRD)

Sumber: Facebook Rejimen Renjer Diraja

KUALA LUMPUR: 4 Jan 2024. Rejimen Renjer Diraja (RRD) telah melantik Brig Jen Kamaralzaman bin Hj Aziz (B) sebagai contact person bagi mewakili semua veteran RRD. Pelantikan contact person tersebut bagi memenuhi piagam Jawatan Kuasa Pengurusan RRD (JKP RRD) yang menetapkan contact person adalah juga sebagai Ahli Turut Hadir kepada JKP RRD. Wakil veteran RRD ini akan memainkan peranan sebagai pengantara kepada warga semua veteran RRD dalam menyampaikan idea, pandangan, informasi dan apa jua sumbangan lainnya bagi melicinkan pengurusan dan meningkatkan pencapaian organisasi RRD.

Acara pelantikan telah disempurnakan oleh Mej Jen Datuk Rahman bin A Wahab selaku Pengerusi RRD dengan menyerahkan surat pelantikan kepada Brig Jen Kamaralzaman bin Hj Aziz (B) pada 4 Jan 2024 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pasukan Simpanan (BPS).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *